Tips Penjagaan Fabrik Cotton.

TAK SAMPAI SETAHUN, KAIN COTTON MAHAL DAH NAMPAK BURUK, ADEH!!
Follow tips ini untuk penjagaan kain cotton yang betul :

1) Cuci kain cotton sis dengan cucian tangan.
Jika cucian washing digunakan, kain cotton akan lama terendam dan menyebabkan warnanya mula turun dan pudar.

2) Jemur kain cotton di tempat yang redup.
Jika jemur di tempat panas, sinaran matahari terik akan buat warna kain cotton sis jadi kusam. Ini kerana warna cotton sangat sensitif. Penjagaan yang tidak betul boleh buat cotton sis cepat nampak buruk.

3) Ketika mencuci kain cotton elakkan guna pencuci yang mengandungi bahan peluntur. Sedikit saja ada bahan peluntur dalam sabun, warna cantik si cotton mudah saja terluntur dan hilang serinya.

4) Memandangkan fabrik ini jenis berkedut berut. Sebelum jemur elok kibas2 dahulu kain cotton supaya bila kering ianya tak berkedut sangat.

5) Iron kain cotton sis dengan suhu sederhana saja. Suhu yang agak panas boleh mengakibatkan kain cotton jadi kejung dan hilang kelembutan aslinya..

Semoga membantu guys ^_^

Advertisements

Cara Buat Skirt Pleated

Bagaimana cara orkid buat skirt “Patern Pleated”?

Sebelum itu mari kita bersuai kenal dahulu apa itu pleated? Pleated adalah design yang bermain dengan lipatan demi lipatan hingga membentuk alunan yang sekata dan cantik.

Design ini boleh menghasilkan pelbagai rupa bentuk pleated yang menarik bergantung pada kreativiti anda. Pleated juga adalah patern yang evergreen, sentiasa ‘segar’ pada setiap zaman. Bahkan patern ini juga sering diinovasikan oleh tangan-tangan pereka fesyen menjadi design yang lebih up to date dan eksklusif.

Cara untuk membuat pleated yang ingin orkid tunjukkan ini adalah 3 pleated saja, iaitu satu di kiri skirt, satu di kanan dan satu lagi di depan skirt. Customer bersaiz M dengan kain yang diberi 2 meter saja.

Apabila nak buat skirt pleated ini, penting sekali untuk anda abaikan ukuran pinggul. BUAT 3 PLEATED DENGAN BERDASARKAN UKURAN PINGGANG CUSTOMER SAJA.

Silakan follow step by step tutorialnya :

1)Ukuran pinggang ngam-ngam customer adalah 28 inci keliling.Maka 28 inci bahagi 4 bahagian= 7 inci.

7 inci adalah bahagian yang tidak perlu dibuat pleated. (Rujuk foto di atas)

Orkid bahagi 4 kerana nak buat pletaed di 1 bahagian kanan, 1 di bahagian kiri, 1 di bahagian depan skirt, dan bahagian belakang nak letak getah pinggang sedikit.

*Jika anda nak buat pleated banyak, haruslah keliling pinggang bahagi banyak… untuk dapat jarak di antara pleated2 tersebut.

2) Ini orkid zoomkan foto tepi kanannya, anda boleh nampak yang orkid tambah 2 inci lagi di tepinya untuk buat pinggang kedut.

Pinggang yang selebihnya buat vakrum saja.

*Untuk pleated ini kain 2 meter dipotong 4 segi tepat.

3) Ini zoom foto di sebelah kirinya, juga sama tambah 2 inci untuk kedut pinggang getah. Bahagian berlorek oren itu adalah bahagian yang perlu kita buat lipatan pleated. Orkid ambil 6 inci dan 6 inci supaya lepas keliling pinggul.

4) Mula lipatkan bahagian berlorek buat pleated mengikut anak panah seperti foto.

5) Bila siap buat lipatan demi lipatan ia akan jadi kembang setaman begini.

6) Kemudian, cantum tepinya, letak zip sorok di belakang pinggul. Tidak boleh letak zip di sisinya kerana ada pleated dekat situ.

Selamat Mencuba ^_^

Tutorial by,

Orkid Izana

Cara Jahit Jubah Ruffle

Haiii.. pagi rabu yang ceria ini orkid nak sharing cara buat design ruffle yang tak lupuk dek hujan, tak lekang dek panas. Patern ini tetap segar sepanjang zaman…

Maybe anda berkenan dengan design ruffle bertingkat-tingkat ini, namun sedikit keliru bagaimana harus membuatkan cantuman smockingnya menimbulkan efect alun yang tengelam-timbul.

Tentulah ada teknik-teknik yang perlu dipatuhi bagi menghasilkan alunan yang sekata dan cantik. Sedikit kesilapan dalam olahannya boleh saja membuatkan ruffle anda tidak menjadi seperti diharapkan.

Jubah/dress ini suka orkid namakan ‘bagaikan puteri’ . Follow step by step untuk olahannya yang betul :

1) Rujuk nota ini untuk cara memotong kain, di mana

ab + 2/3 x ab = panjang ac.

ac + 2/3 x ac = panjang ad.

ad + 2/3 x ad = panjang ae.

Formula untuk panjang kainnya ini adalah bagi mendapatkan sekali bahagian yang nak dijahit kedut.

2) Potong kain berdasarkan nota. Dapatkan 3 keping panjang untuk bahagian depan baju dan 3 keping panjang bahagian belakang.

3) Setiap kepingan panjang itu, jahit babyseam pada bahagian atas saja. Bahagian tepi kanan kiri dan bawahnya just kelim tepi macam biasa.

*Jahit babyseam pakai tapak babyseam saja.

4) Kemudian jahit kedut dengan jarak 1/2 inci dari jahitan babyseam.

Untuk jahit kedut/smocking anda boleh gunakan tapak mesin yang dikhaskan untuk jahitan kedut. Ia lebih mudah.

5) Kepingan yang sama juga, pada bahagian bawahnya pula jahit kedut sedikit-sedikit saja. Jika part ini dibuat kedut yang banyak seperti bahagian atasnya, ia akan menghasilkan alunan gelembung-gelembung besar yang tidak cantik. So, elakkan..

7) setelah ke enam keping dijahit kedut pada atasnya dan kedut sedikit di bawahnya. Mula cantumkan ia bertingkat-tingkat, dengan meletakkan jahitan yang ada babyseam di atas jahitan yang ada kedut sedikit itu, seperti foto.

Ok siap. Ini kejadiannya..

Selamat Menjahit

By Orkid Izana

Tutorial Jahit Belt Tanpa Kesan Jahitan

Haii.. hari ni orkid nak sharing cara anda boleh jahit belt di pinggang baju dengan menyembunyikan kesan jahitannya. So.. belt nampak natural pada baju anda dan seolah-olah ia tidak dijahit.

Bagaimana nak jahit belt tanpa menunjukkan kesan jahitannya??

Follow step by step di bawah,

1) Ambil kain lebarnya 2 inci 2 hun dengan lebarnya ikut lepas ukuran pinggang baju. Lipat 1/2 inci dan ironkan seperti foto ini. (Di atas)

2) Lipat lagi 1 inci 2 hun dan iron bagi kemas.

3) ok foto ini kena perhatikan betul- betul kerana yang ini bahagian bawahnya, (Telah diterbalikkan). Lipat lagi 1/2 inci seperti foto dan ironkan.

4) Ok yang ini pula adalah bahagian atasnya (telah dibalikkan semula). Iron bahagian atasnya bagi kemas.

5) Letakkan belt tersebut di atas pinggang baju. Jahitnya jangan betul-betul di atas lipatan iron tadi. Jahit bawah sikit dari kesan iron itu, supaya tak ketara sangat kesan jahitannya.

6) Dah siap jahit larusnya, tutup belt elok-elok seperti foto ini kejadiannya. Perhatikan tapak mesin itu, jangan terus jahit di atas belt itu nanti akan menampakkan kesan jahitannya. Orkid nak sorok jahitannya supaya belt nampak lebih kemas dan cantik… jadi lihat foto seterusnya,

7) Angkat tapak mesin dan keluarkan belt separuh sisinya. Bahagian tepi inilah yang orkid akan jahit lurus. Dan jahitan lurus ini tersembunyi di bawah belt.

Kejadiannya seolah-olah belt ditampal saja pada pinggang baju kerana jahitannya disembunyikan.

Ok siap.. silakan mencuba ^_^